Mohd Huzairi Husin
Politeknik Muadzam Shah, Pahang
Mohamad Hanifah Abd Ghani
Politeknik Muadzam Shah, Pahang
Safri A.Razak
Politeknik Muadzam Shah, Pahang
Emel pengarang koresponden: mohdhuzairi89@gmail.com
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi tujuan mendapatkan maklumbalas terhadap tahap penerimaan pelajar Politeknik Muadzam Shah semester 1 dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) terhadap Alat Bantu Mengajar (ABM) iaitu A-Roket. Inovasi ini dicipta bertujuan bagi meningkatkan kemahiran pelajar bagi menyelesaikan soalan asas algebra dan menarik minat pelajar dalam permainan Dam Aji. ABM yang diinspirasikan dari permainan Dam Aji ini berkonsepkan game board learning memberi keseronokan kepada pelajar dan menjadikan minda pelajar berfikiran kreatif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Ia sekaligus dapat membantu pensyarah menjadikan sesi pengajaran lebih menarik. Objektif kertas kajian ini ialah untuk mengenalpasti tahap penguasaan dan minat pelajar JTMK semester 1 terhadap permainan Dam Aji serta untuk mengenalpasti tahap penerimaan inovasi A-Roket sebagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mengukur tahap penerimaan pelajar ialah menggunakan boring soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A yang berkaitan maklumat diri responden dan Bahagian B pula terdiri daripada 12 pernyataan dengan diberi pilihan jawapan menggunakan skala likert 5 pilihan jawapan. Hasil keputusan kajian menunjukkan bahawa skor min yang paling rendah ialah pelajar sangat minat bermain Dam Aji iaitu sebelum penggunaan A-Roket dengan min 3.90. Manakala min yang tertinggi pula adalah selepas penggunaan A-Roket iaitu A-Roket berkesan dalam meningkatkan keyakinan diri terhadap ilmu algebra dengan min 4.70. Ia disokong dengan jawapan responden yang bersetuju untuk penggunaan A-Roket diperluaskan kepada semua pelajar di Politeknik Malaysia. Kesimpulannya, A-Roket telah berjaya mencapai objektif yang telah
ditetapkan dan semoga dapat dijadikan panduan kepada pihak berkepentingan.
Kata kunci: Dam Aji; Alat Bantu Mengajar; Algebra; Matematik; Inovasi