Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2023 (SPSH 2023) peringkat kebangsaan merupakan medium dan inisiatif yang julung kali dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Pasir Salak dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Perak bagi membincangkan isu-isu berkaitan pemerkasaan Ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) seiring dengan hala tuju agenda Majlis TVET Negara khusus bagi memperkasakan kepentingan perkhidmatan dan kebajikan terhadap golongan advokasi seperti Orang Kurang Upaya (OKU), tahfiz dan orang asli di Malaysia. SPSH 2023 merupakan platform yang amat sesuai untuk mencapai matlamat melahirkan modal insan berkualiti, berilmu pengetahuan dan berdaya saing dalam tuntutan norma baharu. Program ini akan memberi peluang kepada para penyelidik untuk mengembangkan pengetahuan serta berkongsi kepakaran dalam mendepani cabaran Pendidikan TVET secara inklusif kepada semua.
Melestari ekosistem penyelidikan kearah kecemerlangan diri dan kerjaya dalam menghasilkan penyelidikan serta amalan terbaik (Best Practice);
Memperkasakan kepentingan perkhidmatan dan kebajikan terhadap komuniti dari golongan OKU, tahfiz dan orang asli melalui pembelajaran sepanjang hayat;
Membina platform jaringan kolaborasi dalam kalangan peserta iaitu pelajar, ahli akademik, penyelidik serta pegawai dari pelbagai bidang dan penglibatan komuniti; dan
Mewujudkan perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan bagi mengukuhkan ekosistem TVET, keusahawanan dan pembelajaran sepanjang hayat
HADIAH
Hadiah utama akan diberikan kepada
Lima Kajian Terbaik
Satu Pembentang Terbaik
Video Like Terbanyak
SASARAN PESERTA
Terbuka kepada semua
1.Pelajar
2. Warga Kolej Komuniti dan Politeknik
3. Warga IPTA atau IPTS
4. Pensyarah
5. Penyelidik
6. Ahli akademik
7. Komuniti tempatan dari kalangan OKU, Tahfiz, Orang Asli dan Belia